Petunjuk Rasulullah s.a.w. Tentang Hari Raya

Pada saat hari Raya 'Idul Fitri, Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma -dengan bilangan ganjil tiga, lima atau tujuh- sebelum pergi melaksanakan shalat 'Idul. Tetapi pada'Idul Adha beliau tidak makan terlebih dahulu sampai beliau pulang, setelah itu baru memakan sebahagian daging binatang sembelihannya.
Beliau mengakhirkan shalat 'Idul Fitri agar kaum muslimin memiliki kesempatan untuk membagikan zakat fitrahnya, dan mempercepat pelaksanaan shalat 'Idul Adha supaya kaum muslimin boleh segera menyembelih binatang kurbannya. Mengenai hal tersebut, Allah Ta'ala berfirman:
“Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah” (Al Kautsar: 2).
Ibnu Umar sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. tidak keluar untuk shalat 'Idul kecuali setelah terbit matahari, dan dari rumah sampai ke tempat shalat beliau senantiasa bertakbir.

Rasulullah s.a.w. melaksanakan shalat 'Idul terlebihdahulu baru berkhutbah, dan beliau shalat duaraka'at· Pada rakaat pertama beliau bertakbir 7 kali berturut-turut dengan Takbiratul Ihram, dan berhenti sebentar di antara tiap takbir. Beliau tidak mengajarkan zikir tertentu yang dibaca saat itu. Hanya saja ada riwayat dari Ibnu Mas'ud r.a., ia berkata: "Dia membaca hamdalah dan memuji Allah Ta'ala serta membaca shalawat.
Dan diriwayatkan bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua tangannya pada setiap bertakbir.
Sedangkan Rasulullah s.a.w. setelah bertakbir membaca surah Al-Fatihah dan "Qaf" pada raka'at pertama serta surah "Al-Qamar" di raka'at kedua.
Kadang-kadang beliau membaca surah "Al-A'la" pada raka'at pertama dan "Al-Ghasyiyah" pada raka'at kedua. Kemudian beliau bertakbir lalu ruku' dilanjutkan takbir 5 kali pada raka'at kedua lain membaca Al-Fatihah dan surah. Setelah selesai beliau menghadap ke arah jamaah, sedang mereka tetap duduk di shaf masing-masing, lalu beliau menyampaikan khutbah yang berisi wejangan, anjuran dan larangan.
Beliau selalu melalui jalan yang berbeza ketika yang terkenal sangat bersungguh-mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. berangkat dan pulang (dari shalat) 'Idul. Beliau selalu mandi sebelum shalat 'Idul.
Rasulullah s.a.w. senantiasa memulai setiap khutbahnya dengan hamdalah, dan bersabda: "Setiap perkara yang tidak dimulai dengan hamdalah, maka ia terputus (dari berkah)." (HR. Ahmad dan lainnya).
Dari Ibnu Abbas r.a.ma, ia berkata: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat 'Idul dua raka'at tanpa disertai shalat yang lain baik sebelumnya ataupun sesudahnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).
Hadits ini menunjukkan bahawa shalat 'Idul itu hanya dua raka'at, demikian pula mengisyaratkan tidak disyari'atkan shalat sunnah yang lain, baik sebelum atau sesudahnya. Allah Mahatahu segala sesuatu, shalawat serta salam semoga selalu dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, seluruh anggota keluarga dan segenap sahabatnya.

0 Response to "Petunjuk Rasulullah s.a.w. Tentang Hari Raya"

Posting Komentar